SENORITA SYIDAA

A journey to the moon with love
Pilihlah untuk redha. Walau ada seribu alasan untuk kecewa. Hakikatnya kita hanya seorang hamba. Dia yg lebih berkuasa.
2 JAN 2016

challenge;



apa yang patut kita buat if kita terima sesuatu dugaan? hm
cuba anda tanya dan jawab pada diri anda, aku turut membuat perkara yang sama. :)
dah dapat kan jawapannya? dan nilai sendiri samada kita buat perkara yang sepatutnya atau tidak.


dugaan adalah sesuatu yang sukar didefinisikan, betul tak? if i'm wrong, i'm sorry but itu pendapat aku.
dugaan dugaan dan dugaan, hanya untuk menguji kesabaran dan kewarasan kita dalam menghadapi sesautu keadaan dan membuat sesuatu keputusan. perit jerih kita lalui dgn kesabaran pasti ada hikmah dan ganjarannya.
wehhhh, hidup tak lengkap tanpa dugaan dan cabaran. Apa makna hidup jika setiap hari masa 24jam yang diperuntukkan kepada setiap manusia hanya dipenuhi dgn benda yang sama? adakah itu akan mematangkan kita atau memajukan diri kita untuk terus melangkah kehadapan? jawapannya 'TIDAK' bukan?
so, kenapa kita susah sgt nak terima dgn redha? actly, aku pun sama dan aku pun tak faham kenapa. Yang satu tu je aku susah nak terima. Kenapa ?:(

Percaya lah kawan aku tak kuat untuk itu. Aku bukan kawan yang terbaik untuk bg kau nasihat sbb aku pun melalui benda yang sama tapi kau kena terima sayang. ia sudah menjadi satu kenyataan dan manusia susah untuk membuat keputusan yang terbaik kerana manusia ada pelbagai perasaan. Disebalik tekad kita ada perasaan ragu-ragu even sekecil kuman, kan? jadi, tlg lah percaya pada takdir sbb kita tak tahu apa yg akan jd pada masa hadapan. Kau kena kuat. Aku dah bagitahu td bahawasanya aku tak hebat untuk bg kau nasihat tapi apa yang aku cuba buat, aku terima semua ini dgn hati yang terbuka. susah kan? tapi apa kan daya kita tidak diberi kuasa untuk  membuat keajaiban. Hanya berdoa pada yang Berkuasa. 
Even berjuta kali kau kata kau tak kuat untuk semua ni tapi kau kena jugak kuat untuk terus melangkah kehadapan. :)

wehhh, maafkan aku if aku buat kau menangis. Aku hanya nak bg kau semangat. Aku tak nak tgk kau terus menangis dan menangis sbb dugaan ni. Jgn jd macam aku.  Aku percaya kau boleh dan kau mesti kena percaya pada diri kau yang kau juga boleh. Aku sedih if tgk kwn aku sedihh. ;') 
Sebagai kawan, aku akan sentiasa ada belakang kau untuk beri semangat. 
iloveyoudear.:D