SENORITA SYIDAA

A journey to the moon with love
Pilihlah untuk redha. Walau ada seribu alasan untuk kecewa. Hakikatnya kita hanya seorang hamba. Dia yg lebih berkuasa.
2 JAN 2016

self reflection; heee


wahhh~ :0
Aku ada terbaca satu artikel yang tiba-tiba buat aku terfikir dan terdiam. haha
if nak tahu apa, baca la selanjutnya. :)

cinta vs. CINTA
Cinta kecil itu, adalah kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat, dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini. Tidak keterlaluan jika saya katakan cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia daripada cinta keliru ini, kerana sekurang-kurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual dan membersihkan akuarium kura-kuranya sedangkan cinta antara dua orang anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan gangguan emosi yang sunyi barangkali... juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan antara satu sama lain.
CINTA sebenar itu harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia... namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab yang mengiringi cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini. 
Cinta yang ada 'sense of begin with the end in mind'
"ni apa yang ditulis dalam artikel tuh"

oush, bila baca balik kan macam geli jee doe. haha yela, dok tercinta cinta tapi hakikatnya inilah kenyataan sekarang. Tak dapat nak nafikan laa sbb aku pun mungkin tergolong dalam golongan cinta kecil tuh. :(
baru nak kenal dunia kan, masih teruja nak mencuba sesuatu yang baru dan tak berapa cukup dewasa lagi. Semua terserah pendapat masing-masing but the important thing is apa yang menjadi realiti tidak dapat dinafikan lagi. :)